24 Ciri-Ciri Orang
Yang Mencintai Kamu
SO...let's check it out!..zoomm..!!
1.
Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan
alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada
kamu satu-satunya.
2.
Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih,
dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi
impiannya.
3.
Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa
adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4.
Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa
saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5.
Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti
'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan
lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS
itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan
"aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6.
Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak
mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7.
Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap
kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri
sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan
saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang
selalu.
8.
Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap
kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa
banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau
musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9.
Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari
lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar
meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
10.
Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang
selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk
bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang
kamu.
11.
Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan
menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
12.
Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang
miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya
barang itu sangat istimewa.
13.
Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika
sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan
dunianya.
14.
Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat
kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15.
Jika
suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan
nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk
kepada kamu dan jauh.
16.
Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah
dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
17.
Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara
daripada seperti seorang kekasih.
18.
Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang
SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu
di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang
memikirkan kamu.
19.
Orang yang
mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat
kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu
terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
20.
Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia
akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di
dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah
mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
21.
Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan
menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu
walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga
menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi
benda-benda berharga buatnya.
22.
Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau
memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan
kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
23.
Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya
kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari
orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
24.
Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu
memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana
dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia
pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
ADA X CIRI2 DLM DIRI SENDIRI??
ngeoww....
No comments:
Post a Comment